Perang Dunia II Erhard_Raus

Pada 7 September 1941, semasa Operasi Barbarossa, Raus dilantik sebagai pemangku Panglima Divisyen Ke-6 Panzer. Pada 15 September, Divisyen Ke-6 Panzer, yang artilerinya dikurangkan, telah dipindahkan ke Kumpulan Tentera Darat Tengah untuk mengambil bahagian dalam Operasi Typhoon, iaitu serangan ke Moscow.[1] Pada 11 Oktober beliau telah dikurniakan pingat Knight Cross.[2] Unit Raus telah dipindahkan ke Kor LVI Panzer.[3]

Pada awal April, Divisyen Ke-6 Panzer dipindahkan ke Perancis untuk dibaik pulih dan berehat; Raus dilantik secara rasmi sebagai panglima divisyen itu pada 29 April.[4] Pada pertengahan November 1942, divisyen ini meninggalkan Perancis untuk ke Soviet Union.[5] Berikutan kegagalan Operasi Citadel (iaitu ofensif Kursk), beliau mengatur pengunduran unit-unit Paksi melintasi sungai Dnieper.[6] Pada 10 Disember 1943 beliau dilantik pemangku Panglima Tentera Darat Ke-4 Panzer. Beberapa hari kemudian beliau memindahkan divisyen-divisyennya melintasi sungai itu berserta dengan ribuan ekor lembu dan kuda yang dirampas.[7] Raus memerintah Tentera Darat Pertama Panzer, Tentera Darat Ke-3 Panzer (1944) dan Kor XI Panzer SS (1945).

Selepas perang, Raus menulis dan menjadi pengarang bersama beberapa buah buku dan penerbitan yang menumpukan pada analisis strategik taktik kereta kebal yang digunakan oleh pasukannya di Barisan Timur. Raus meninggal dunia pada 3 April 1956. Beliau telah dikebumikan di Vienna dengan penuh penghormatan tentera pada 6 April.[8]